Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera hendaknya...
Kali ni posting pasal sistem tangkin asuhan benih kerapu dan siakap, dan boleh juga digunakan untuk asuhan benih ketutu. Dengan menggunakan sistem RAS (kitaran semula air) kerja-kerja asuhan benih ikan akan menjadi lebih mudah, lebih 'hygenic', lebih senang membuat pemantauan dan bermacam-macam kelebihan lagi.
Sistem asuhan ini yang merangkumi 1 set (10-20 buah) tangki asuhan benih berbentuk bulat berkapasiti 0.5 tan/ 500 liter air setiap satu, tangki 'raceway' untuk bio-filter, sistem 'waste trap' ataupun 'solid waste flushing piping', 'protien skimmer' jika diperlukan, set pam, blower, serta sistem paip.
sebuah tangki asuhan bersaiz 0.5 tan setiap satu ini boleh memuatkan sehingga 3000 benih ikan pada setiap masa sehingga pembesaran ke saiz 4-6 inci. Dengan menggunakan sistem ini juga kadar pembesaran benih ikan mampu dipercepatkan oleh kerana benih ikan akan sentiasa berada dalam keadaan sihat tanpa dijangkiti penyakit.
Sebagaimana sedia maklum, sistem RAS adalah sistem yang menggunakan proses air pusingan, iaitu tidak ditukar tetapi hanya ditambah pada kadar minima selang beberapa hari. Penambahan air dilakukan kerana proses membuang ataupun 'solid waste flushing'. Walaupun sistem ini agak mahal, tetapi ianya amat mudah diselengara (tidak memerlukan pekerja mahir untuk kendalikan sistem), menjimatkan kadar pengunaan air, berserta penggunaan elektrik yang efisen kerana hanya menggunakan pam yang agak kecik (1hp) berserta sebuah 'air blower'.
Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem tangki asuhan ini boleh lah menghubungi saya sama ada melalui telefon atau pun email.
Monday, March 23, 2009
Sistem Tangki Asuhan Benih Kerapu Dan Siakap - RAS
Posted by
Wan Fairul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment