Thursday, March 26, 2009

Lagi Video Ketutu Makan Pellet

0 comments


Assalamualaikum wbt.
Ni saya posting video ketutu makan pellet. Kenapa, tak percaya? Nak percaya atau tidak bergantung pada ikan ketutu anda. Tapi ketutu saya bela tanpa ragu-ragu, mereka semua pilih untuk makan pellet 100%.

Kalau kita cakap tanpa bukti, susah orang nak percaya. Kali ni adalah video yang kedua saya upload kat blog ni. Dan memang terbukti k22 boleh makan pellet.

Tapi pellet yang macam mana nak bagi ketutu ni makan? Gambar pellet tersebut ada posting kat ruangan iklan di sebelah ni, siap dgn harga sekali tu.

Lagi satu, daripada pemerhatian saya juga, ketutu yang diberi makan pellet ni lebih jinak, nampak jer bayang kita semua datang dekat-dekat nak minta pellet. Takde yang memecut 180km/j langgar dinding punya.

Sekian, wassalam

Tuesday, March 24, 2009

Lawatan Ke Projek Ketutu Dalam Tangki - RAS

0 comments


Assalamualaikum wbt...
Malam ni tak sempat nak mengarang panjang lebar kat blog ni, cuma nak kongsi gambar pergi lawatan ke Projek Ternakan Ketutu Dalam Tangki (RAS). Kos projek ni sekali bangunan, sistem tangki dan alatan RAS, benih, dan lain-lain lebih kurang campur tolak RM1 juta aje. Betul ke tidak pasti sangat, cuma dapat info daripada penyelia projek aje.








Monday, March 23, 2009

Sistem Tangki Asuhan Benih Kerapu Dan Siakap - RAS

0 comments



Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera hendaknya...

Kali ni posting pasal sistem tangkin asuhan benih kerapu dan siakap, dan boleh juga digunakan untuk asuhan benih ketutu. Dengan menggunakan sistem RAS (kitaran semula air) kerja-kerja asuhan benih ikan akan menjadi lebih mudah, lebih 'hygenic', lebih senang membuat pemantauan dan bermacam-macam kelebihan lagi.

Sistem asuhan ini yang merangkumi 1 set (10-20 buah) tangki asuhan benih berbentuk bulat berkapasiti 0.5 tan/ 500 liter air setiap satu, tangki 'raceway' untuk bio-filter, sistem 'waste trap' ataupun 'solid waste flushing piping', 'protien skimmer' jika diperlukan, set pam, blower, serta sistem paip.

sebuah tangki asuhan bersaiz 0.5 tan setiap satu ini boleh memuatkan sehingga 3000 benih ikan pada setiap masa sehingga pembesaran ke saiz 4-6 inci. Dengan menggunakan sistem ini juga kadar pembesaran benih ikan mampu dipercepatkan oleh kerana benih ikan akan sentiasa berada dalam keadaan sihat tanpa dijangkiti penyakit.

Sebagaimana sedia maklum, sistem RAS adalah sistem yang menggunakan proses air pusingan, iaitu tidak ditukar tetapi hanya ditambah pada kadar minima selang beberapa hari. Penambahan air dilakukan kerana proses membuang ataupun 'solid waste flushing'. Walaupun sistem ini agak mahal, tetapi ianya amat mudah diselengara (tidak memerlukan pekerja mahir untuk kendalikan sistem), menjimatkan kadar pengunaan air, berserta penggunaan elektrik yang efisen kerana hanya menggunakan pam yang agak kecik (1hp) berserta sebuah 'air blower'.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem tangki asuhan ini boleh lah menghubungi saya sama ada melalui telefon atau pun email.

Galeri Ketutu

 
> Coco Lova Template By Blogger Clicks