Assalamualaikum wbt
Untuk makluman semua pengunjung blog www.ketutu.co.cc nombor telefon saya 013-9818076 sudah tidak digunakan lagi dan telah bertukar kepada 012-9298243 berkuatkuasa serta-merta
Thursday, April 23, 2009
PERTUKARAN NOMBOR TELEFON
Thursday, March 26, 2009
Lagi Video Ketutu Makan Pellet
Kalau kita cakap tanpa bukti, susah orang nak percaya. Kali ni adalah video yang kedua saya upload kat blog ni. Dan memang terbukti k22 boleh makan pellet.
Tapi pellet yang macam mana nak bagi ketutu ni makan? Gambar pellet tersebut ada posting kat ruangan iklan di sebelah ni, siap dgn harga sekali tu.
Lagi satu, daripada pemerhatian saya juga, ketutu yang diberi makan pellet ni lebih jinak, nampak jer bayang kita semua datang dekat-dekat nak minta pellet. Takde yang memecut 180km/j langgar dinding punya.
Sekian, wassalam
Tuesday, March 24, 2009
Lawatan Ke Projek Ketutu Dalam Tangki - RAS
Assalamualaikum wbt...
Malam ni tak sempat nak mengarang panjang lebar kat blog ni, cuma nak kongsi gambar pergi lawatan ke Projek Ternakan Ketutu Dalam Tangki (RAS). Kos projek ni sekali bangunan, sistem tangki dan alatan RAS, benih, dan lain-lain lebih kurang campur tolak RM1 juta aje. Betul ke tidak pasti sangat, cuma dapat info daripada penyelia projek aje.
Monday, March 23, 2009
Sistem Tangki Asuhan Benih Kerapu Dan Siakap - RAS
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera hendaknya...
Kali ni posting pasal sistem tangkin asuhan benih kerapu dan siakap, dan boleh juga digunakan untuk asuhan benih ketutu. Dengan menggunakan sistem RAS (kitaran semula air) kerja-kerja asuhan benih ikan akan menjadi lebih mudah, lebih 'hygenic', lebih senang membuat pemantauan dan bermacam-macam kelebihan lagi.
Sistem asuhan ini yang merangkumi 1 set (10-20 buah) tangki asuhan benih berbentuk bulat berkapasiti 0.5 tan/ 500 liter air setiap satu, tangki 'raceway' untuk bio-filter, sistem 'waste trap' ataupun 'solid waste flushing piping', 'protien skimmer' jika diperlukan, set pam, blower, serta sistem paip.
sebuah tangki asuhan bersaiz 0.5 tan setiap satu ini boleh memuatkan sehingga 3000 benih ikan pada setiap masa sehingga pembesaran ke saiz 4-6 inci. Dengan menggunakan sistem ini juga kadar pembesaran benih ikan mampu dipercepatkan oleh kerana benih ikan akan sentiasa berada dalam keadaan sihat tanpa dijangkiti penyakit.
Sebagaimana sedia maklum, sistem RAS adalah sistem yang menggunakan proses air pusingan, iaitu tidak ditukar tetapi hanya ditambah pada kadar minima selang beberapa hari. Penambahan air dilakukan kerana proses membuang ataupun 'solid waste flushing'. Walaupun sistem ini agak mahal, tetapi ianya amat mudah diselengara (tidak memerlukan pekerja mahir untuk kendalikan sistem), menjimatkan kadar pengunaan air, berserta penggunaan elektrik yang efisen kerana hanya menggunakan pam yang agak kecik (1hp) berserta sebuah 'air blower'.
Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem tangki asuhan ini boleh lah menghubungi saya sama ada melalui telefon atau pun email.
Saturday, February 14, 2009
Bahan Mentah Untuk Penyediaan Pellet
Wednesday, February 11, 2009
PEMAKANAN KETUTU
Assalamualaikum wbt
Masalah yang selalu dihadapi penternak ketutu adalah makanan nya. Di mana kebanyakan penternak atau pun yang belum ternak ketutu ni selalu bercakap-cakap mengenai kepayahan untuk mendapatkan bekalan makanan ketutu seperti ikan hidup ataupun ikan baja. Di mana kedua-dua nya melibatkan kos yang agak tinggi.
Kini anda boleh melupakan masalah tersebut. Di mana kami ada mejual pellet khas untuk ikan ketutu yang mengandungi kadar protin melebih 40%. Pihak kami sedia menerima tempahan daripada sesiapa sahaja dalam kuantiti banyak ataupun sedikit.
Saiz pellet yg dikeluarkan adalah 3mm dan 7mm. Kandungan ataupun bahan mentah yang digunakan adalah seperti fishmeal/bilis powder, EM, tepung jagung, vitamin campuran, minyak ikan. Kadar harga (ex-kelantan) adalah seperti beikut:
1) Pellet Saiz 3mm:-
a. minima 5kg = RM6.00/kg
b. Lebih 5kg= RM5.50/kg
2) Pellet Saiz 7mm:-
a. Minima 5kg = RM5.50/kg
b. Lebih 5kg = RM5.00/kg