Assalamualaikum wbt.
Sebut pasal penyakit ikan ketutu ni, susah nak cerita. Mungkin setiap penternak ikan ini menghadapi penyakit yang berlainan. Contohnya, semenjak terlibat dengan penternakan ikan k22 ni, saya cuma menghadapi penyakit cacing pada badan dan dalam mulut ketutu tersebut, rata-rata ikan yang mati adalah disebabkan ataupun berpunca daripada cacing yang dimaksudkan. Kebanyakannya mati akibat kesan gigitan cacing tersebut yang menjadi berkudis ataupun luka teruk. Mungkin penternak lain juga menghadapi penyakit yang sama, akan tetapi mereka tidak sedar bahawa cacing-cacing tersebut telah menjangkiti ikan ketutu mereka, kita hendaklah berwaspada dan juga sentiasa memerhatikan ataupun membuat pemeriksaan pada badan ikan ketutu yang diternak. Cacing Lernea ni juga boleh membiak dengan kadar yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. Melalui maklumat dalam wikipedia, cacing ini akan membiak dan hidup dalam kitaran masa lebih kurang 3 minggu sebelum mati. Di bawah bawah ni terdapat gambar cacing yang dimaksudkan.
Bagi saya, masalah jangkitan cacing Lernea ni perlulah ditangani dengan baik, kerana ianya adalah musuh utama ikan ketutu. Penyakit-penyakit lain kebiasaannya akan menjangkiti ikan ketutu yang telah dijangkiti cacing ini, kerana luka yang terhasil akibat cacing tersebut akan menjadi lebih parah dan teruk sebelum ikan tersebut mati.
Darimanakah cacing ini datang?
Kebiasaannya cacing ini dibawa masuk bersama-sama ikan liar yang baru ditangkap tanpa dikuarantinkan ataupun tidak cukup tempoh kuarantin dan terus dicampurkan dengan ikan sedia ada dalam kolam. Kemungkian besar ikan-ikan baru ini sudah dijangkiti cacing tersebut.
Bagaimana cara mengatasi?
Bagaimana kaedah untuk menangani masalah jangkitan cacing ini, kebiasaanya garam dan juga sedikit pottasium permangganate dicampurkan kedalam kolam ikan yang telah dijangkiti.
Apa yang dicerita dan dikongsikan dalam blog ini adalah bukan fakta tepat daripada rujukan dengan mana-mana pakar ataupun buku, tapi ianya adalah hasil daripada pemerhatian dan juga pemantauan penulis sahaja.
Wednesday, August 6, 2008
Penyakit Ikan Ketutu - Jangkitan Lernea SPP
Posted by
Wan Fairul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment