Wednesday, September 10, 2008

Ketutu Makan Pellet

0 comments


Video k22 Makan Pellet

K22 Makan Pellet


Gambar di ambil semasa ketutu tengah cari makan. Ade se-ekor tu sengetkan badan untuk dapatkan pellet kat dasar kolam simen. Saiz ikan lebih kurang 300grm. Masa mula bela saiz plus minus 150gm-200gm. Lepas 3-4 bulan berat badan naik sehingga 100gm-150 gm setiap ekar.

Tuesday, September 9, 2008

Mesin Pengisar/Pembuat Pellet

0 comments

Mesin Buat Pellet

Mesin ni dah ada yang siap dijual. Kalau kat Kota Bharu memang ada yang dah siap. Harga agak tinggi, dengan kerangka yang lebih kecil dan saiz mesin yang lebih kecil dijual pada harga RM1600.00. Mesin ni amat berguna sama ada untuk membuat makanan dalam bentuk fishball ataupun pellet. Saya belum cuba kapasiti pengeluaran sehari mesin ni. Mungkin lebih daripada 100kg pellet sehari boleh buat dengan mesin ni.

Sunday, August 10, 2008

Makanan Ketutu

0 comments

Mula-mula ternak ketutu, sebelum terima ikan daripada pembekal saya beli anak ikan kap sebagai persediaan untuk dijadikan makanan ketutu. Selepas beberapa ketika memberi anak kap sebagai makanan geng ketutu ni. Setelah beberapa ketika saya mula membuat congakan, dan mendapati bagi makan makanan hidup kat ketutu ni tak boleh untung. Kenapa saya bagi anak kap adalah kerana perkataan ini "hearsay"@"dengar cakap orang". Orang cakap nak bela ikan ni kena bagi makanan hidup seperti udang dan juga anak seluang ataupun yang sejenis dengannya la. Setelah itu pergi kursus ternak dengan Syarikat Dimensi Rebana Sdn. Bhd kat Sungai Petani, diorang ajar pulak cara-cara buat makanan sendiri, iaitu dengan membuat fishcake ataupun fishball.

Balik kursus saya cuba buat la seperti yang diajarkan, bertahan selama lebih kurang tiga (3) bulan. kerana ketiadaan masa untuk menyediakan fishcake tersebut, acap kali juga la ketutu saya kebuluran kerana kehabisan stok fishcake. Nampaknya tak sesuai juga bagi fishcake walaupun ikan ketutu makan dengan begitu berselera.

semenjak dua menjak ni saya tengok Tuan Haji Hanafiah dari Dimensi Rebana Sdn. Bhd. ada buat promosi pellet untuk ketutu pula, masa kursus temph hari pun dia ada juga tunjuk sampel pellet tersebut, harga lebih kurang RM4.50/kg.

Tapi saya tak beli daripada dia, saya buat sendiri juga. Alhamdulillah sekali bagi jer dekat ikan ketutu dalam kolam tu terus sambar jer. Nampak nya lagi senang kerja lepas ni. First attemp cuba buat pellet seperti dalam gambar di bawah, terus menjadi. Tapi sebelum tu kena beli atau buat mesin kisar pellet dulu. Sekarang ni pellet yang dibuat hanyalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Ini adalah kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah.

Pellet Ketutu - Saiz 'S'

Pellet Ketutu Saiz 'M' (Tenggelam)

Wednesday, August 6, 2008

Penyakit Ikan Ketutu - Jangkitan Lernea SPP

0 comments

Assalamualaikum wbt.
Sebut pasal penyakit ikan ketutu ni, susah nak cerita. Mungkin setiap penternak ikan ini menghadapi penyakit yang berlainan. Contohnya, semenjak terlibat dengan penternakan ikan k22 ni, saya cuma menghadapi penyakit cacing pada badan dan dalam mulut ketutu tersebut, rata-rata ikan yang mati adalah disebabkan ataupun berpunca daripada cacing yang dimaksudkan. Kebanyakannya mati akibat kesan gigitan cacing tersebut yang menjadi berkudis ataupun luka teruk. Mungkin penternak lain juga menghadapi penyakit yang sama, akan tetapi mereka tidak sedar bahawa cacing-cacing tersebut telah menjangkiti ikan ketutu mereka, kita hendaklah berwaspada dan juga sentiasa memerhatikan ataupun membuat pemeriksaan pada badan ikan ketutu yang diternak. Cacing Lernea ni juga boleh membiak dengan kadar yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. Melalui maklumat dalam wikipedia, cacing ini akan membiak dan hidup dalam kitaran masa lebih kurang 3 minggu sebelum mati. Di bawah bawah ni terdapat gambar cacing yang dimaksudkan.

Bagi saya, masalah jangkitan cacing Lernea ni perlulah ditangani dengan baik, kerana ianya adalah musuh utama ikan ketutu. Penyakit-penyakit lain kebiasaannya akan menjangkiti ikan ketutu yang telah dijangkiti cacing ini, kerana luka yang terhasil akibat cacing tersebut akan menjadi lebih parah dan teruk sebelum ikan tersebut mati.

Darimanakah cacing ini datang?

Kebiasaannya cacing ini dibawa masuk bersama-sama ikan liar yang baru ditangkap tanpa dikuarantinkan ataupun tidak cukup tempoh kuarantin dan terus dicampurkan dengan ikan sedia ada dalam kolam. Kemungkian besar ikan-ikan baru ini sudah dijangkiti cacing tersebut.

Bagaimana cara mengatasi?

Bagaimana kaedah untuk menangani masalah jangkitan cacing ini, kebiasaanya garam dan juga sedikit pottasium permangganate dicampurkan kedalam kolam ikan yang telah dijangkiti.

Cacing @ Lernea

Photobucket

Apa yang dicerita dan dikongsikan dalam blog ini adalah bukan fakta tepat daripada rujukan dengan mana-mana pakar ataupun buku, tapi ianya adalah hasil daripada pemerhatian dan juga pemantauan penulis sahaja.

Thursday, July 31, 2008

Blog Ketutu

1 comments

Assalamualaikum wbt. Pertama kali posting kat blog. Alhamdullilah syukur di ucapkan kepada yang Maha Kuasa kerana diberi kesempatan untuk membuat coretan di sini untuk tatapan kita semua. Untuk makluman saya menulis blog ini adalah untuk memcurahkan sedikit sebanyak ilmu yang ada pasal penternakan ikan ketutu ataupun lebih dikenali dengan nama ikan Soon Hock oleh kaum cina. Cerita pasal asal usul ikan ini takpayah la saya nak cerita kan sini, kat blog orang lain pun dah ada. cuma apa yang nak ditulis hanyalah tentang kaedah-kaedah dan juga teknik-teknik penternakan ikan ketutu ini. Untuk makluman juga harga ikan ini boleh mencecah ratusan ringgit sekilogram. Lumayankan! Tapi ada pelbagai cerita dan ilmu yang perlu anda dalami dan ketahui disebalik Ke-lumayanan ikan ini. Oklah dulu saya stop kat sini dulu sehingga posting yang akan datang. Wassalam.

Galeri Ketutu

 
> Coco Lova Template By Blogger Clicks